Bab 2
BELLA melangkah menuju ke biliknya. Sambil memegang
tombol pintu , Bella ternampak pintu bilik adik bongsunya yang tertutup rapat.
Lantas dia mengatur langkah menuju ke bilik adikknya lalu memulas tombol pintu dengan kasar.
Izzat
terkejut apabila wajah kakaknya yang terjengul dengan muka yang masam mencuka.
“ka..kakak ..buat
apa ma..masuk bilik Izzat ni ? ” tanya izzat gagap.
Bella tersenyum sinis kepada adiknya sambil berkata
“ohh , kakak..
Kau tau pon aku ni kakak kau. Kau buat apa kat aku tadi sampai papa membebel
panjang kat aku hah ? ” balas Bella dengan suara yang sedikit tinggi.
Izzat dengan wajah yang dibuat-buat selamba menjawab
“Mana ada aku buat apa-apa kat kau” jawab Izzat
berani. Bukan dia taktahu yang kakaknya kalau marah mau pedih jugak telinga ni dipulasnya.
“Ohh .. Kau buat taktau yaa ” Bella melangkah ke
hadapan secara pelan-pelahan sambil tangannya menangkap telinga adik lelakinya
yng putih bersih itu. Kebanyakan adik beradiknya mengikut warna kulit mamanya
yang berwarna putih kemerah-merahan manakala dari segi sikap dia banyak
mengikut papanya yang cepat merah tetepi senang diredakan kemarahan yang
memuncak di dada. Tanpa menunuggu lagi bella terus menarik telinga adiknya
sekuat hatinya. Izzat yang sedang keskitan menjerit sekuat hatinya.
“Tau pun menjerit , lain kali kalau kau buat macam tu
lagi siap kau” ugut Bella dalam nada yang geram. Sedang Bella memulas telinga
adiknya… Bella terdengar pintu dikuak
tetapi bella tidak mempedulikanya kerana dia terlalu geram kepada adiknya.
Datin Hanani membuka pintu lalu berkata
“Apa yang bising-bising tadi tu Izzat ? ” soal Datin Hanani.
Datin Hanani melihat tangan Bella yang masih memulas
telinga anak bongsunya lantas meleraikannya.
“Issabella Imani ! Kenapa buat adik kamu macam tu ?
Tak cukup kena leter dengan papa kamu tadi. Nasib baik papa kamu baru saja keluar tadi. Kalau
tak, mama tak tau lah apa nak jadi dengan kamu ni? ” marah Datin Hanani.
“Biarlah dia ma
.. Siapa suruh dia simbah Bella dengan air tadi ? Padan muka dia” bidas Bella
lalu berjalan keluar.
Sesampainya
di hadapan adikknya dia berhenti lalu menjelirkan lidahnya sambil tersenyum.
Puas . Terasa kemenangan berpihak kepadanya.
‘Haha .. Rasakan pulasan aku adikku sayang..baru puas
hati aku ’bisik hati bella. Datin hanani lantas menjegilkan matanya kepada bella..
bella yang menyedari mamanya menjegilkan mata
terhadapnya pantas berlari keluar dengan senyuman di bibir.
BELLA meneliti dirinya di cermin. Dia kelihatan
femenin apabila menggayakan peplum dress dan seluar jeans yang berwarna hitam.
Rambutnya
yang lurus melepasi pinggang itu dibiarkan lepas.
Bella menempek sedikit bedak di wajahnya serta secalit
gincu berwarna merah jambu cukup memukau
pandangan pada sesiapa yang melihatnya.
Selesai meneliti wajahnya di cermin, Bella keluar dari
biliknya lalu menuruni tangga.
Datin Hanani melihat anaknya turun itu menggeleng
perlahan.
‘Bella.. Bella .. Bilalah kamu nak pakai tudung nak. Tak
guna kamu sembahyang lima waktu sehari semalam tapi kmu tidak menutup aurat.
Tapi tak apa nak … mama akan mendoakan kamu supaya kamu mendapat hidayah
daripadanya ..’ bisik hati kecil Datin Hanani.
“Nak pergi mana tu Bella ?” tanya Datin Hanani.
Bella memandang mamanya sambil tersenyum dan berkata
“Bella nak keluar dengan Trisya dan Mia kejap. Nak
pergi mall. Nak pergi shopping baju kemeja untuk office” jawabnya sambil memakai
kasut tumit tinggi yang serona dengan warna bajunya itu.
“Emm, pergilahh. Tapi jangan balik lewat sangat tau. Nanti
papa marah. Bella yang kena nanti ” kata Datin Hanani.
“Okeylah maa. Bella pergi dulu. Assalamualaikum” ucap
Bella sambil bersalaman dengan mamanya.
Datin Hanani memerhati anaknya sehingga kereta BMW itu
hilang dari pandangannya.
“Datin ” panggil bibik Rozi.
“Ada apa bik ?” tanya Datin Hanani lembut.
“Hari ni kita
nak masak apa datin ?” soal bibik Rozi.
“Em , saya
ingat nak masak ikan patin masak tempoyak la bik. Bahan-bahan ada tak?” soal
Datin Hanani.
“Semuanya ada puan kecuali ikan patin je kita tak ada
datin” beritahu bibik.
“Sekejap lagi Pak Samad balik. Bik kasi tahu apa bahan
yang nak dibeli. Senang sikit. Kalau tak bik yang kena keluar beli bahan-bahan
nih” arah Datin Hanani.
Bibik yang kelihatan terhangguk-angguk pantas berlalu
kedapur.
Datin Hanani melangkah menaiki tangga dan menghilang
memasuki biliknya untuk menukar pakaian.
comment dalu-alukann ;)
ReplyDelete