Thursday, 17 October 2013



Bab 2

BELLA melangkah menuju ke biliknya. Sambil memegang tombol pintu , Bella ternampak pintu bilik adik bongsunya yang tertutup rapat. Lantas dia mengatur langkah menuju ke bilik adikknya lalu  memulas tombol pintu dengan kasar.
    Izzat terkejut apabila wajah kakaknya yang terjengul dengan muka yang masam mencuka.
 “ka..kakak ..buat apa ma..masuk bilik Izzat ni ? ” tanya izzat gagap.
Bella tersenyum sinis kepada adiknya sambil berkata
 “ohh , kakak.. Kau tau pon aku ni kakak kau. Kau buat apa kat aku tadi sampai papa membebel panjang kat aku hah ? ” balas Bella dengan suara yang sedikit tinggi.
Izzat dengan wajah yang dibuat-buat selamba menjawab
“Mana ada aku buat apa-apa kat kau” jawab Izzat berani. Bukan dia taktahu yang kakaknya kalau marah mau pedih jugak telinga ni dipulasnya.
“Ohh .. Kau buat taktau yaa ” Bella melangkah ke hadapan secara pelan-pelahan sambil tangannya menangkap telinga adik lelakinya yng putih bersih itu. Kebanyakan adik beradiknya mengikut warna kulit mamanya yang berwarna putih kemerah-merahan manakala dari segi sikap dia banyak mengikut papanya yang cepat merah tetepi senang diredakan kemarahan yang memuncak di dada. Tanpa menunuggu lagi bella terus menarik telinga adiknya sekuat hatinya. Izzat yang sedang keskitan menjerit sekuat hatinya.
“Tau pun menjerit , lain kali kalau kau buat macam tu lagi siap kau” ugut Bella dalam nada yang geram. Sedang Bella memulas telinga adiknya…  Bella terdengar pintu dikuak tetapi bella tidak mempedulikanya kerana dia terlalu geram kepada adiknya.
Datin Hanani membuka pintu lalu berkata
“Apa yang bising-bising tadi tu Izzat ? ” soal Datin Hanani.
Datin Hanani melihat tangan Bella yang masih memulas telinga anak bongsunya lantas meleraikannya.
“Issabella Imani ! Kenapa buat adik kamu macam tu ? Tak cukup kena leter dengan papa kamu tadi.  Nasib baik papa kamu baru saja keluar tadi. Kalau tak, mama tak tau lah apa nak jadi dengan kamu ni? ” marah Datin Hanani.
 “Biarlah dia ma .. Siapa suruh dia simbah Bella dengan air tadi ? Padan muka dia” bidas Bella lalu berjalan keluar.
      Sesampainya di hadapan adikknya dia berhenti lalu menjelirkan lidahnya sambil tersenyum. Puas . Terasa kemenangan berpihak kepadanya.
‘Haha .. Rasakan pulasan aku adikku sayang..baru puas hati aku ’bisik hati bella. Datin hanani lantas menjegilkan matanya kepada bella..
bella yang menyedari mamanya menjegilkan mata terhadapnya pantas berlari keluar dengan senyuman di bibir.


BELLA meneliti dirinya di cermin. Dia kelihatan femenin apabila menggayakan peplum dress dan seluar jeans yang berwarna hitam.
   Rambutnya yang lurus melepasi pinggang itu dibiarkan lepas.
Bella menempek sedikit bedak di wajahnya serta secalit gincu berwarna merah jambu  cukup memukau pandangan pada sesiapa yang melihatnya.
Selesai meneliti wajahnya di cermin, Bella keluar dari biliknya lalu menuruni tangga.
Datin Hanani melihat anaknya turun itu menggeleng perlahan.
‘Bella.. Bella .. Bilalah kamu nak pakai tudung nak. Tak guna kamu sembahyang lima waktu sehari semalam tapi kmu tidak menutup aurat. Tapi tak apa nak … mama akan mendoakan kamu supaya kamu mendapat hidayah daripadanya ..’ bisik hati kecil Datin Hanani.
“Nak pergi mana tu Bella ?” tanya Datin Hanani.
Bella memandang mamanya sambil tersenyum dan berkata
“Bella nak keluar dengan Trisya dan Mia kejap. Nak pergi mall. Nak pergi shopping baju kemeja untuk office” jawabnya sambil memakai kasut tumit tinggi yang serona dengan warna bajunya itu.
“Emm, pergilahh. Tapi jangan balik lewat sangat tau. Nanti papa marah. Bella yang kena nanti ” kata Datin Hanani.
“Okeylah maa. Bella pergi dulu. Assalamualaikum” ucap Bella sambil bersalaman dengan mamanya.
Datin Hanani memerhati anaknya sehingga kereta BMW itu hilang dari pandangannya.
“Datin ” panggil bibik Rozi.
“Ada apa bik ?” tanya Datin Hanani lembut.
 “Hari ni kita nak masak apa datin ?” soal bibik Rozi.
 “Em , saya ingat nak masak ikan patin masak tempoyak la bik. Bahan-bahan ada tak?” soal Datin Hanani.
“Semuanya ada puan kecuali ikan patin je kita tak ada datin” beritahu bibik.
“Sekejap lagi Pak Samad balik. Bik kasi tahu apa bahan yang nak dibeli. Senang sikit. Kalau tak bik yang kena keluar beli bahan-bahan nih” arah Datin Hanani.
Bibik yang kelihatan terhangguk-angguk pantas berlalu kedapur.
Datin Hanani melangkah menaiki tangga dan menghilang memasuki biliknya untuk menukar pakaian.